antimaHAthiR

Kemaskini terakhir:

Saya merasakan amatlah malang sekali bagi orang saperti YB Dato' Zainuddin Maidin, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, YB Tan Sri Khalil Yaakob, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain mendesak dan meminta saya mendedahkan kepada umum perkara-perkara yang pernah dirujuk kepada saya selaku Imam Besar Masjid Negara. Pada hemat saya, kalau mereka mencerminkan diri mereka sendiri, mereka akan sedar dan insaf bahawa mereka sepatutnya menjadi orang yang terakhir meminta dan mendesak saya mendedahkan sebarang perkara sulit, rujukan, pengaduan atau permasalahan yang pernah saya kendalikan.

Saya berharap mereka tidak menimbulkan keadaan yang akan memaksa saya mendedahkan kemungkaran dan kemaksiatan tiap pembesar dan pemimpin negara termasuk para Menteri Kabinet dan Menteri Besar yang pernah dirujuk kepada saya sebagai Imam Besar Masjid Negara untuk meminta pandangan, nasihat dan kaunselling.

YB USTAZ HAJI.TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB


Bakal ?Raja? Iraq
Oleh Ian Wiliams, Alternet
Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mewar-warkan pelantikan seorang bekas perunding senjata dan bekas mahaguru program Star Wars AS iaitu Jay Garner untuk menerajui Iraq selepas perang.

Memang secocok dengan diplomasi ala-AS hari ini apabila Pentagon mengumumkan rancangan penaklukannya ke atas Iraq tanpa berunding dengan ahli pakatannya yang lain (walaupun dengan Britain yang merupakan rakan paling dipercayainya) atau Jabatan Negara AS. Lebih malang lagi, dengan berlatar-belakangkan senario ini, AS memilih seorang lelaki yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan dan mempunyai kredibiliti ideologi setara Bush untuk menerajui Iraq selepas berakhirnya pemerintahan Saddam Hussein.

Manusia bersifat helang rakus yang berat sebelah itu ialah bekas Jeneral dan rakan sehaluan politik Dick Cheney, Donald Rumsfeld dan Paul Wolfowitz, yang merupakan rakan sekongkolnya dalam memperjuangkan pendekatan ?paksi durjana? dalam polisi luar negara AS. Namun, bila melihat kepada rekod latar belakangnya dalam hal ehwal Timur Tengah, keadaan itu lebih menggusarkan lagi.

Dalam tahun 2000, Garner dan 26 pegawai AS lain menanda-tangani satu kenyataan yang dikeluarkan oleh organisasi Yahudi berhaluan kanan iaitu Institut Yahudi untuk Hal Ehwal Keselamatan Negara (JINSA) yang memuji Pasukan Pertahanan Israel yang kononnya ?mengambil sikap bertahan dalam menghadapi keganasan teruk yang dirancang oleh pemimpin Pentadbiran Palestin?. Tidak syak lagi, pemilihan Garner itu bakal menimbulkan penentangan tempatan dan juga wilayah. Inilah manusia yang selepas termakan propaganda JINSA mengisytiharkan bahawa: ?Negara Israel yang kuat merupakan suatu aset yang boleh dipercayai oleh perancang pertahanan dan pemimpin politik Amerika".

Majalah Fortune memuji pemilihan Garner dengan mengatakan bahawa ?status awam Garner merupakan satu kelebihan.? Namun, walaupun jawatan rasminya ialah ?penyelaras pentadbiran awam?, Garner merupakan seorang penyokong kuat hal ehwal ketenteraan. Sokongannya itu dibuat kadang-kadang dengan mengenepikan hakikat sebenar. Semasa Perang Teluk 1, dia telah mengumumkan kepada Kongres tentang kejayaan misil Patriot dalam menangkis serangan Scuds Iraq terhadap Israel. Dia tidak menarik balik kenyataannya apabila terbukti kemudian bahawa misil itu membawa kerosakan yang lebih banyak kepada Israel, lebih daripada Scuds yang dilancarkan oleh Iraq.

Orang yang akan diberikan kepimpinan untuk mengendalikan pelucutan senjata Iraq itu juga merupakan pelopor kuat sistem pertahanan misil Star Wars yang bermasalah itu. Dia memuji kelebihan sistem itu walaupun ternyata bahawa terdapat penipuan dalam keputusan ujian tersebut.

Apa yang diwar-warkan sebagai kerjaya ?awam? Garner itu, sebenarnya menunjukkan hubungan yang rapat dengan Pentagon. Dalam satu contoh mengenai kemelut yang dibawa oleh hubungan militari-industri yang sedang berjalan sekarang, Garner bersara dari ketenteraan pada tahun 1997 untuk menjawat jawatan Presiden SY Technology, sebuah kontraktor pertahanan yang membuat pengkhususan dalam sistem misil pertahanan. Syarikat itu kemudian mendapat kontrak bukan-kompetitif yang merupakan sebahagian daripada program Star Wars. Menurut seorang pembocor rahsia Pentagon, bekas Lt Kol Biff Baker, kontrak itu diberikan kepada syarikat tersebut kerana pengaruh Garner. SY Technology telah menyaman Baker dengan alasan kenyataan itu berunsur fitnah dan telah menyebabkan Garner ?kehilangan privasi?.

Kes itu telah diselesaikan di luar mahkamah tahun ini, tidak lama sebelum Garner dilantik ke jawatan baru dan awamnya itu. Dan secara kebetulan juga, syarikat itu telah dianugerahi kontrak AS$1.5 bilion untuk memberi perkhidmatan logistik kepada Pasukan Operasi Khas AS. Penduduk Iraq mungkin berasa marah, kalaupun tidak terkejut, sekiranya mengetahui bahawa bekas syarikat bakal ?raja? mereka itu mendapat kontrak untuk membina misil Patriot untuk Israel dan Kuwait.

Pentadbiran Bush kini sedang sibuk memanipulasikan rekod Garner untuk menonjolkannya sebagai seorang pemimpin yang sempurna dan sensitif yang diperlukan Iraq untuk membina semula negara itu ala imej Amerika. Usaha itu nampak terancang apabila Garner dipilih tanpa perundingan pada 20 Januari 2003, meskipun AS masih dalam usaha rasmi untuk mendapatkan mandat PBB untuk menakluki Iraq.

Lawatan Garner ke PBB tidak meninggalkan imej positif di mata PBB kerana Garner dengan jelas memberitahu pertubuhan itu bahawa tugas PBB hanyalah untuk memberikan sokongan kewangan kepada penaklukan Iraq yang akan dipimpin oleh AS.

Pentadbiran Bush persis Permaisuri Merah dalam cerita Alice in the Looking Glass yang mampu mempercayai tiga perkara mustahil sebelum waktu sarapan pagi lagi. White House berjanji akan memberikan potongan cukai kepada rakyat Amerika dan dalam masa yang sama bersiap sedia untuk melancarkan perang yang akan memakan belanja mahal. Ia mendakwa telaga minyak Iraq kepunyaan penduduk Iraq, tetapi telah bersedia untuk membayar pembinaan pasca-perang dengan minyak yang sama. Pentadbiran yang sama berikrar di Sidang Azores untuk memberikan peranan kepada PBB tetapi telah mengumumkan senarai pentadbiran di Iraq yang kesemuanya terdiri daripada pentadbir Amerika yang dipimpin Jay Garner.

Di celah-celah pendirian Washington yang bertentangan dan sentiasa berubah-ubah itu terserlah cita-citanya untuk memonopoli pengawalan Iraq tetapi dengan dunia membiayai bil perang itu. Contoh terbaik tentang tindak tanduk AS itu jelas ditunjukkan oleh tindakan seorang diplomat rendah AS yang pergi ke PBB semasa minggu pertama perang dan mendesak pegawai PBB menyerahkan wang yang telah diperuntukkan kepada bantuan kecemasan dan kemanusiaan Iraq. Wang tersebut sangat dikehendaki oleh White House kerana Kongres AS telah gagal memperuntukkan sejumlah wang yang berpatutan untuk urusan bantuan tersebut. Tidaklah menghairankan sekiranya Kofi Annan enggan menyerahkan wang itu.

�Kedua-dua pihak itu akhirnya membuat penyelesaian sementara apabila Majlis Keselamatan PBB meluluskan skim jangka pendek yang membolehkan PBB menyelaras program minyak-untuk-makanan dan penghantaran makanan kepada Iraq tetapi akan diagih-agihkan oleh pasukan bersekutu. Walau bagaimanapun, resolusi itu jelas menunjukkan sikap PBB yang tidak berminat untuk memberi bantuan kewangan kepada AS untuk menjajah Iraq. PBB menekankan bahawa pihak penakluk perlu bertanggungjawab seboleh mungkin untuk memastikan bahawa bekalan dan makanan disediakan kepada penduduk Iraq. Jadi, apabila tiba masa untuk mendirikan pentadbiran pasca-perang di Iraq, AS perlu membiayai sendiri bantuan tersebut atau cuba memujuk ahli Majlis Keselamatan PBB yang lain untuk membantunya.

Bagaimanapun setakat ini, tidak nampak bahawa AS bersedia untuk menukar perangai tamak halobanya. Malah Britain sendiri tidak bersetuju dengan sikap AS yang memberikan kontrak pentadbiran pelabuhan Umm Qasr yang baru ?dibebaskan? kepada syarikat Stevedoring Services dari Amerika yang terkenal dengan sikap buruknya menindas kesatuan sekerja. Britain berpendapat peranan ini perlu dimainkan oleh rakyat Iraq sendiri. Dengan meletakkan Jeneral Jay Garner di era pasca-perang Iraq dalam keadaan rakyat Iraq tidak mengetahui hakikat sebenar, merupakan satu lagi keputusan angkuh dan bobrok yang akan memastikan keadaan buruk dan malang akan berlaku di Iraq sama seperti keputusan awal AS untuk melancarkan perang.

sumber: http://www.alternet.org/story.html?StoryID=15512

Pasal apa polis Malaysia berani kat Melayu tapi takut kat Cina, Tamil dan Indon?

Polis berani kat melayu sebab takder duit nak huloq, jadi melayu ditangkap bukan kerana berani tapi takder hasil beb. Polis takut kat cina sebab kalau kena pegang cina ada fulus dan berani huloq bukan kerana takut tapi kerana cina berani (huloq). Polis takut kat tamil bukan kerana takut tapi takut kalau sambar duit tamil nih diaorang mesti report rasuah punya jadi polis berani tangkap tamil sebab takut nak sambar duitnya.

Polis takut kat indon sebenarnya polis berani kat mereka sebab mereka sangat takut kat polis jadi mereka berani huloq dan polis berani sambar. Kalau tak si indon ni akan kantol dan si polis pun malas nak kerja lebih, nak bawa indon ke balai atau mahkamah lecehkan... itu yg menyebabkan polis takut ngabis masa.

Sebenarnya ini memanglah sikap melayu, berani dengan bangsa sendiri, tapi kecut dengan org lain...sebab itulah Singapore telah diserahkan kepada cina dengan bangganya. Lepas itu mereka kata Melayu kat Singapore penakut dengan cina, Melayu singapore ditekan dan ditindas dan macam-macam lagi. Sepatutnya selesaikan maruah melayu Malaysia dulu.

Melayu singapura yang serba tertekan itu mencari berbagai alternatif untuk bangsanya teapi di Malaysia, umno yang mendabik dada sebgai pemelihara ketuanan melayu apa yang dibuatnya? Proses kehakisan kuasa melayu semakin parah. Yang begelar pemimpin (umnolah tu) mempunyai mentaliti hamba kepada kerakusan dan gila kuasa...Mahalkan maruah melayu Malaysia?

Kalaulah maruah itu ibarat barang, maruah melayu Singapura lebih mahal dari maruah melayu Malaysia sebab 1 dolar Singapore = RM2 plus (betullah tu). Nak harap kepad melayu umno? takkan nak jadi melayu mudah lupa kot? siapakah gerangan yang memisahkan singapore daripada Malaysia kalau bukan umno haprak! walaupun mereka musuh islam tetapi tanah yang mereka pijak tu tanah orang islam!

sedar la sikit yang singapore tu asalnya milik orang islam! Kalau singapore tak berpisah dari Malaysia, agaknya kini Malaysia dah diperintah oleh cina. Itulah yang dikatakan pemikiran 'jauh' PM kita masa tu. Itu semua hanya alasan, yang sebenarnya pemimpin umno takut kepada bangsa asing. Mereka hanya pandai berlagak! isu air pun mereka tak boleh nak buat apa sedangkan air milik negara kita.

Royalti minyak mereka boleh bertindak kejam tetapi isu air dengan singapore mereka hilang kejantanan! sama juga dengan isu Iraq, mereka hanya berani kecam kat dalam tv. Apabila rakyat nak buat tunjuk perasaan kat depan kedutaan Amerika mereka kerah 'anjing2' peliharaan mereka untuk menghalang!

Pemimpin umno hanya berani buat tunjuk perasaan kat dalam stadium, lepas tu jemput artis menyanyi sambil menari secara sopan. Kalau buat kat jalan pun tak boleh bawak sepanduk kecam Amerika.



Gani Patail bantah ikat jamin Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Apr - Peguam Negara, Dato' Seri Abdul Gani Patail berusaha untuk menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi memohon ikat jamin di dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan petang tadi.

Permohonan ikat jamin tersebut dikemukakan peguam Karpal Singh dengan sokongan dua afidavit dari Anwar dan Dr Halili Rahmat yang memohon mahkamah memberikan ikat jamin kerana beliau sedang mengalami kesakitan tulang belakang yang teruk.
Karpal berkata, permohonan semua yang tertuduh untuk mendapatkan ikat jamin adalah hak semua rakyat samada mereka sihat ataupun tidak.

Beliau merujuk beberapa kes seperti peguam Dato' Balwant Singh yang didakwa terlibat dalam membunuh seorang pemuda dibenarkan ikat jamin atas alasan kesihatan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan petang tadi, Gani membuat bantahan dari segi teknikal dengan mengatakan permohonan ikat jamin tidak boleh dikemukakan selagi keputusan Mahkamah Rayuan tidak diperolehi.

Bagaimanapun Karpal menegaskan bahawa permohonan tersebut boleh dibuat sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan yang masih belum ditentukan tarikhnya.

Beliau mempersoalkan apakah anak guamnya terpaksa merengkok dalam penjara walaupun memenangi kes (permohonan ikat jamin) tersebut jika Mahkamah Rayuan membuat keputusan enam bulan lagi.

Merujuk kepada afidavit Dr Jaya yang hanya diperolehi semalam, Gani berkata, Anwar tidak perlu diberikan ikat jamin kerana beliau boleh mendapatkan rawatan di dalam negara.

Karpal menolak hujah tersebut kerana berpendapat anak guamnya layak mendapatkan rawatan perubatan di Jerman sebagaimana yang dikemukakan dalam afidavit sebelum ini.

Katanya, sebagai langkah kompromi, mahkamah boleh membenarkan Anwar diikat jamin dengan meletakkan pelbagai syarat termasuk membenarkan beliau tinggal di rumanhya bagi mendapatkan rawatan.

Tegas beliau, menjadi kelaziman dalam sistem perundangan negara, kes-kes seperti Anwar, mahkamah memberikan ikat jamin kepada tertuduh.

Karpal juga menegaskan tiada sebab Anwar tidak dibenarkan ikat jamin memandangkan beliau tidak lagi ancaman kepada negara kerana pihak polis tidak mengemukakan apa-apa afidavit menolak permohonan Anwar.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan ditangguhkan petang ini dan menurut peguam pihak hakim dijangka akan membuat keputusan mengenai ikat jamin tersebut sebelum tarikh akhir sepatutnya Anwar dibebaskan pada 14 April 2003.

Mahkamah bersidang esok untuk mendengar jawab balas peguam Christopher Fernando.



Permohonan ikat jamin Anwar ditangguh


KUALA LUMPUR, 10 April - Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan perbicaraan petrmohonan ikat jamin bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato? Seri Anwar Ibrahim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Permohonan ikat jamin tersebut dikemukakan peguam Karpal Singh dengan sokongan dua afidavit daripada Anwar dan Dr Halili Rahmat yang memohon mahkamah memberikan ikat jamin kerana beliau sedang mengalami kesakitan tulang belakang yang teruk.
Karpal berkata, permohonan semua yang tertuduh untuk mendapatkan ikat jamin adalah hak semua rakyat samada mereka sihat ataupun tidak.

Beliau merujuk beberapa kes seperti peguam Dato' Balwant Singh yang didakwa terlibat dalam membunuh seorang pemuda dibenarkan ikat jamin atas alasan kesihatan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan petang semalam, Gani membuat bantahan dari segi teknikal dengan mengatakan permohonan ikat jamin tidak boleh dikemukakan selagi keputusan Mahkamah Rayuan tidak diperolehi.

Bagaimanapun Karpal menegaskan bahawa permohonan tersebut boleh dibuat sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan yang masih belum ditentukan tarikhnya.

DEFINISI RASUAH
  • Perkataan ?rasuah? berasal daripada perkataan Arab yang ber- bunyi ?al-risywah?. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. ?rasuah? ataupun ?corruption? dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.
  • Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi ?bribery and corruption? sebagai perbuatan ?giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward? John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley?s Law Dictionary memberi definisi ?the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty?.
  • Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- ?Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)?. (Surah Al-Baqarah, ayat 188)